Monday, June 23, 2014

MLM MLM MLMmmmmmm :)

tak salah aku lah, kat Malaysia ni, semua benda kalau org nak jual, nak buat konsep MLM. Bila buat konsep MLM ni, benda tak guna punnnnn laku wehhhh... Betapa besarnya pengaruh manusia or salesman dlm menjual barangan.

Nak jual ubat kurus? Senang! buat konsep MLM. Cari orang daftar bawah hang. Then dia kena cari lagi orang sebab dia nak dapat balik modal yang dia dah invest tu. Sapa tier atas, untunglahhhhh... Sapa tier bawah, nasib lahhh.. Siapa suruh lambat bergerak? Kannn...

Ada produk yang betul bagus, dan ada produk yang senang kata dia buat kat satu kilang banyak2 kat China, kemudian dia tukar cap ajek. And mostly benda kecantikan wanita lahh.. Krim, pencuci muka, segala benda mak enon tu.. Rege kalau tak mahal, maksudnya benda tu kurang efektif. Lumrah manusia akan fikir, benda yang mahal, kualiti bagus. Ada yang betul, ada yang tidak. Bila yang 'tidak' tu, dan ade pulak kesan sampingan ke atas kita, haaa time tu bernanah la telinga kita org kata: tu lahhhhhh.. nak cantik sangattttt.. tak tau bersyukurrrrr... dan segala sampah seranah lain.

Tambah2 ada facebook ni, senang semua org menjual. Free advertising. Siapa yang tak nak? Iklankan dalam timeline kita dan kita ada at least 10% probability yang friends kita dalam facebook akan baca iklan kita. Mula2 akan jadi denial or rejection. Ada kawan2 yang unfriend. Tapi lama2, benda tu dah jadi norm. Dan org dah tak kisah asalkan kita tak tag nama kawan kita dalam produk yang kita jual tu.

The advertising business is one where many great minds from fields like psychology, anthropology, sociology, etc, have made it a "full-time business to get inside the collective public mind.. to manipulate, exploit, and control" Pollay 18. (Boleh baca di sini-> Effects of Advertising on Society: A Literary Review )
Commercials manipulate people's strongest desires and greatest fears to convince them to buy the preferred products.  [Psychology and Consumer Culture: the Struggle for a good life in Materialistic World; Allen Kanner & Renee Soule]
Apakes?

Well, advertising ni ada di mana mana.. Dalam facebook, dalam majalah, tv, radio, even secara kita tak sedar, dalam bilik tidur kita sendiri. Dan benda ni bila disogok berulang2 kali di dalam minda kita, secara tidak langsung akan membuatkan kita yakin yang kita perlukan benda tu.

Kalau kita launch produk baru, kita kena buat product awareness. Kena 'educate' the consumer / costumer mcm mana nak guna produk tu. Contoh: masa mula2 launch softlan/ softener. Diorang punya iklan ialah mcm mana cara nak gunakan softener. sebab kat Malaysia dulu takde org guna2 softener nih.. Bila hari2 disogokkan dengan iklan tu, then kita akan terpedaya dengan iklan tersebut dan mula lah nak 'try lahh'.. nowadays, kalau kita ke Giant atau Carrefour kalau beli sabun basuh, kita akan tengok jugak softener kan? kan?

Kalau org kata ni semua agenda Yahudi; dulu aku cakap - apa kaitannya? Bila aku baca sana sini, apa reasons dia, apa asalnya sesuatu benda tu, then sekarang aku YAKIN ada kaitan dengan Yahudi. Hahahaha.. Try baca buku - The Power of Habit -Charles Duhigg. Kita akan tau mcm mana even ubat gigi yang kita guna tu punnn sebenarnya tak de apa2 pekdah. Kenapa dan bagaimana asalnya terjadi ubat gigi. Siapayang marketkan.. Apa tektik yang digunakan.. Ishhh...

Same goes inferiority complex.

The ability of the media to shape self-image can be a damaging one that can lead to eating disorders, depression, or dissatisfaction with one's self. ... increase in "awareness of concerns about their.. bodies and thus increase in body dissatisfaction" [Lavine, Sweeny, Wagner et al. Depicting Women As Sex Object in Television Advertising : Effects on Body Dissatisfaction]
Pernah dulu ada kumpulan2 non profitable organization, yang claims diorang ni nak protect minda2 org or kaum2 dia dari terus terusan dijajah dengan benda yang sebenarnya tak member faedah secara langsung kepada mereka; tapi merely sebab its a trend/ norm. Tapiii geng2 ni dikecam hebat juge oleh kumpulan2 atau rantaian MLM (family members) cakap yang nak tutup pintu rezeki mereka.

Benar, berniaga juga adalah salah satu cara kita untuk mencari rezeki. Malah disarankan oleh our Pbuh. Tapi tengok juge ye cik kak cik abang, cara apa yang kita niagakan tu.. adekah dengan 'menekan' customer, create diorang punya inferiority complex then kita dibenarkan dalam beribadah? Aku tak nafikan ada sesetengah peniaga akan create issue bagi customer rasa: ehhh kena beli la benda ni.. padahal benda tu disarankan SEBAB peniaga tersebut nak capai KPI dia, atau points, atau bonus, atau keuntungan, atau apa2 saja lahh yang membawa keuntungan kepada peniaga, dan secara tidak langsung menganiaya pembeli. Mcm mana kalau pembeli kata:: Kalau ini membawa kebaikan kepada aku, then aku halalkan.. Kalau aku teraniaya, aku tak halalkan. Mcm mana?

Tapi.. aku pun tau ada juge sekumpulan rantaian MLM ni yang promote atas dasar nak tolong orang. Kadang2 sebab org tu dalam keadaan tertekan dan terdesak, sama ada secara lahiriahnya, atau pun secara batiniahnya - induced inferior complex. Cuma jangan lah kita menangguk di air yg keruh. Customer punnnn.. rajin2 lah gugel. Cari apa sebenarnya punca penyakit anda. or apa yg awak perlukan..

Tapi oleh kerana awak tu membiarkan diri awak dimanipulasi, maka end up awak beli benda2 or produk yang secara amnya disarankan sendiri oleh peniaga tersebut-> berdasarkan testimoni2 pengguna sebelumnya. Educate our selves!



Friday, June 6, 2014

Apip mintak Daddy baru!

aku selalu solat Isya' lewat. dalam kul 10 lebih cam tu..hahahahahaha .. ye ye.. nanti aku akan awalkan.. dah jadi cam habit kann bila nak tido baru la terkedek2 nak solat.

bila kita nak ssuruh Apip tido, time tu lahhhh dia nak solat la ape lahh.. Ok lah.. dia pun dah 5tahun. Lagi 2tahun dah wajib pukul kalo tak solat.. So lazimnya kitaorg akan solat isya' sama2 (kadang2 Alip pun menyebokkkk mencelah).

bila dah habis solat, Apip akan some sort mcm bagi tazkirah ringkas kat aku, suruh aku berdoa, mintak ampun segala dosa2 aku.. doakan mak ayah.. blablabla.. Selalunya isi kandungan doa isya' aku di lead oleh Apip.

Ya Allah, bagila mummy duit banyakkk.. boleh beli toyssss... boleh beli keter BMW... boleh beli rumah besar, banyak swimming pool (kondo ler tuuuuu).... boleh pergi jalan jalan.....

Selalunya sama aje lah point doa dia.. Nak duit banyak boleh beli toys..beli keter BMW. Tapi satu malam ni, ada penambahan point:

.....boleh makan sushi....

Sushi?

Ye lahhh.. sushi yang kita selalu makan tuuuu (mesti megidam ler ni.. lama tak makan)..

okkkkk...

.....dapat daddy baruuuu....

errrr.. krikk krikkkk....

aku cepat2 tengok muka dia. Daddy baru?

Ye lahhh.. daddy baruuu... selamber muka dia menyengih

okkkkkkk.....

Hati2 dengan doa nakkk.. riso mummy nak aminkan.