Tuesday, November 18, 2014

Pengakuan Suami Curang: Edisi Meroyan


Emosi betui sahabat2 dalam fesbuk. Dengan al kisah 'Pengakuan Suami Curang' kat Sinar Harian. Huhu.. Betui lahh.. memang la emosi dibuatnya. Ai pun emosi jugak dulu.. Kehkeh..

Kalo nak baca artikel tu, boleh baca kat sini -> Pengakuan Suami Curang

Bergoni goniiiii suami si Mah tu kena hambur, kauuu.. Apa yang dia buat tu, betui salah. Aku pun tak nafikan. Kenapa dia buat macam tu pun salah.. Punnn aku tak nafikan.

Tapi ambik lah iktibar dan cuba untuk memperbetulkan kesalahan masing masing. 



Ok. Jom kita pandang dari sudut yang berbeza. 

Dalam ceritera di atas, si suami sudah pun memberitahu apa yang bersarang di hati dia sekian lama. Ingat dia rasa hepi setiap kali dia balik rumah sedangkan dia ada 'rumah' lain? Ingat dia takde rasa bersalah? Bila pandang muka isteri, muka anak2. Ingat dia tak takut dosa? 

Dia pun manusia juga. Dan setiap kali dia rasa bersalah tu, dia akan cuba 'memperbetulkan' keadaan dengan menjadi romantika d' amour. Face it. Memang la dia tak boleh nak buat lagu tu; nampak narrr menipu kann.. Tapi dia sebenarnya cuba nak dapatkan balik feeling dulu. Supaya dia akan dalam masa yang sama akan 'terikat' semula dengan isteri dan anak2 dia dan berjaya untuk melupakan kekasih hati dia. And its not that easy okeyhhh.. Nama punn orang berchenta!

Dan, nasehat cheq kepada isteri2 yang suami dia pernah terkantoi atau mengantoikan diri yang dia ada kekasih gelap tu; and dia cuba sedaya upaya untuk kembali kepada kita:

1. Jangan anggap dia boleh berubah (aka kembali kepada kita, emotionally, physically) sekelip mata!

Bercinta ni meletihkan. Physically dan emotionally. Once kita dah hooked dengan seseorang tu, sangat (i mean sangat2 ) susah nak let go. (Sorry rojak). So, IF the husband dah decide yang dia nak balik semula ke pangkal keluarga (ehh betui ke ayat ke pangkal keluarga?) then bagi dia masa. 

Of course, dalam masa kritikal tu, kita pun akan turut terseret / terbeban dengan anxiety yang tak diundang tu . Sebab kita dah tau yang selama ni kita ditipu.. selama ni dia bercumbu dengan orang lain.. selama ni.. selama ni.. selama ni... 

Try bagi ruang dan peluang untuk dia search & connect device. Haha.. ingat tak joke pasal pompuan ni mcm wifi?


Tauuuu sakit hati.. Tauuuu... Especially bila kita tengok sendiri dia struggling nak lupakan cinta hati dia. Dia berubah.. Marah marah.. Atau vice versa. Depends.. Macam mana dia handle dia punya losses. Ada setengah dia nak tunjuk dia ok. Ada yang ok jerrr... Ada takde tak de beza. 

Tugas kita? Stop judging him! Memang kita akan sakit hati dan blablabla.. Tapi DEMI anak anak.. Jangan citer lah hati sendiri. Remuk redam kita aje yang tahu.. Bagi ruang dan peluang kepada diri dan asben. Especially bila ni first time kantoi. Kalau dah banyak kali, feeling marah tu akan tetap ada, cuma tu dah masuk kategori Otai. haha..Maksudnya bukan tak kisah langsung.. Cuma tak le seremuk redam masa 1st time kantoi.. (I pownn meroyan okeyhhh).

2. Jadi yang terbaik!

Ok ok.. Fine... Kenapa kita kena jadi yang terbaik? Selama ni kita dah buat yang terbaik dahhh.. Kita berenti kerja blablabla.. Demi dia blablabla.. 

Terbaik di sini adalah supaya dia berasa keputusan yang dia buat (pilih utk stay dengan family) adalah pilihan yang betul. Kita jangan jadikan keputusan yang dia buat (Demi Allah dia pun akan berfikir demi anak2 juga) itu keputusan yang salah.. 

Ingat kan, ending citer Selamat Pengantin Madu? Try laaa utk bersabar supaya pengakhirannya akan jadi macam tu.. Tahan sat sakit hati tu.. (which boleh makan bertahun kalau tak pantau. haha) Sikit ja.. Try. Bagi peluang. Dia tau dah dia dah buat silap. Tapi jangan anggap diaaaa aje salah.. Balik balik, diaaaa aje salah.. Kalau macam tu, every issue yang konon kita nak bawak berbincang dia akan set diri dia dalam mode defensive. Sebab dia akan cakap: Ye lahhh saya aje yang salah.. Awak aje yang betul.  ~ which is true, hahaha.. Hey kitaorg memang selalu betul. (Nampak tak ego seorang peremphuann disittew)..

Ok bukanlah bermaksud suruh mengabdikan diri kepada suami, sedangkan dia sebenarnya yang bersalah. Jangan salahkan diri sendiri (well, aku sendiri ambik masa dekat setahun kottt untuk finally realized that it was not my fault!) Or take it slowly.. Macam point no 1. Beri ruang dan peluang kepada diri sendiri dan pasangan. Lite lite sahaja.. 

3. Jangan Mengungkit.

Oh pleaseeee lahh.. Memang betoi I bersalah, tapi jangan la setiap hari nak ungkit kesalahan I. 

Haha.. 

Mana adeeee.. I cuma nak ingatkan ajeeeee... Jangan buat lagi..

aci tak? aci tak? Well aku pun pernah guna.. Sebab apa? Aku insecure! Kat rumah ye aku boleh layan. Keluar rumah? Masa office hour? Masa lunch? Yakin ke dia sebenarnya pegi makan dengan 'client' dan bukan dengan 'entahsiapasiapa'? Dia pernah buat kott.. Bukan seminggu dua. Bukan sebulan dua.. Dalam kes ni, 6tahun! Ingat senang tak mengungkit? Ingat senangggggggg? 

Heheh.. termeroyan japp.

4. Pantau.

Bergantung kepada 'iman' lelaki (or boleh jadi perempuan) tu. Ada yang sangat tegas dengan keputusan dia. Bila dia dah decide, there's no turning back. Biorlah yang skandal dia pujuk rayu macam mana pun.. Si Zulaikha tu, ingat dia akan: ohhh its okay. He's finally gone. Aku boleh cari lelaki lain.. 

NO!

6 tahun kot bersama! Sedangkan kalo yang setahun punnnn kalau boleh nak pergi panjat  Gunung Ledang, ini pulak 6 tahun. Maksudnya? ada possibility yang 'yang disebelah sana' cuba nak tarik kembali perhatian. Cuba dan mencuba dan mencuba. 

So, pantau. Pompuan bab jadi detective, memang superb! So, jadilah detektif tershobuttt.. Jangan tinggalkan kesan. Dan berdoa. Berdoa. Berdoa. Berdoa. 

Colleague aku (lelaki) pernah citer kat kitaorg, pesanan dia kat wife dia. 

Sayang, ada masa, check phone abang. Bukan ada apa apa pun.. Tapi check. Takut kadang kadang abang tersasar..

Motiff? Ingat tak pesanan orang tua2? Jangan percaya 100% kat laki! Simpan 10% kat tangan!
Come on, depa pun pernah melalui la benda2 nihhh... Cuma depa tapis ja apa yang perlu dicerita dengan tak perlu dicerita. 

Ada satu lagu, Jay Jay - Cukup Sekali. Terimalahhhhhhh.....

Di saat ku pinta keputusanmu
kau masih menanyakan semalamku
Bertanya tentang dia dan kehebatannya
Sedangkan segalanya telah engkau tahu
Tiada rahsia hidupku

Di saat ku lahirkan kekesalan
Sengaja kau mengambil kesempatan
Mengungkit perbuatan dan ketelanjuran
Kau ulang bercerita tentang hati luka
Membuat ku rasa berdosa

Demi masa depan yang kita impikan
Hapuskanlah kenangan yang mengusik perasaan
Tiap kali memandangmu tak terhingga kesalku
Maafkan aku sayang
Menodai kepercayaanmu

Andainya ku dapat menarik kembali
Detik2 hitam yang berlalu
Kesilapan serupa tak akan ku ulangi
Cukuplah sekali menyakitimu
Cukuplah sekali kau membenciku






No comments:

Post a Comment