Hamboi... Tajuk kemain! Mengalahkan artikel dalam CLEO. kehkeh.. Yalah, nak jadik wartawan tak mampoo nak sambung belajar journalism. So, mampu meroyan kat blog sendiri dan tak de editor tlg edit or proof-reading. Oh well, mak suke!
To be frank, aku dulu ade masalah low self esteem. Sangat2 okeyh. Bukan sikit2. Aku dulu sangat reserved (skang pun.. hehe) tak suke berkawan dengan orang. Alasan aku: blame my work - orang akaun tak bercampur dengan orang. Haha.. ye ke? Boss aku dulu pernah cakap:
Suzie, I nak u jadi mcm u tau tak kalo kompeni2 yang kalo bahagian akaun tu, ada la sorang cina pompuan yang tak de nak senyum2 kalo org datang.. Bila org datang nak collect gaji pun, mcm kecut aje depan tu..
Haaa... memang itu ler pegangan aku. Haha.. Padahal yang aku tak perasan ialah, boss aku suruh aku acting aje mcm tu bila ada sub-con datang nak merenyeh2 tanya pasal advance claim ke.. pasal cheque yang belum due ke... Bukan all the time! Haha.. salah digest.
Well, disebabkan kereservan aku time tu, aku takde kawan. Serious! Aku rasa takde orang nak kawan dengan aku. Selalu lah ada perasaan mcm tu. That im not funny enough, takut nanti cakap merapu orang tak faham, rasa mcm tak pandai ajek.. macam2.. That bad sampai aku cuma boleh berbual (dalam erti kata berbual yang sebenar2 berbual) bila one to one sahaja. Bila ada orang ketiga, aku dah tergagap2. So bila ada ramai orang (3orang termasuk aku), aku memilih untuk hanya menjadi pendengar setia. Sedey kannn... haha..
Teringin nak pergi lepak2 minum dengan kawan time hari minggu. Tapi dengan siapa lah aku nak lepak? En Axe (ex) la yang highlight benda ni kat aku.. Katanya: u mana ada kawan! Kawan2 u cuma budak2 office u ajek! Itu bukan kawan. Snap! Ehh betoi la.. aku memang takde kawan.. Lagi la down!
So, tertekan dengan keadaan diri yang dirasakan sangat down masa tu, kena pulak En Axe seeebokkk suruh aku tukar koje tapi aku asyik tak dapat koje lain; so dia suruh aku sambung belajar. Macam2 la alasan yang aku kasik.. Anak kecik lagi lahh (time tu Abang dalam setahun lebih).. Susah lahh.. Nanti kena buat assignment lahh.. Padahal aku lebih risau yang En Axe akan ada masa senggang yang banyak (kelas every Saturday & Sunday, fortnightly - 9am to 8pm). Haha.. Well, I know my ex!
Tapi aku proceed jugak sebab aku nakkan perubahan dalam hidup aku. Bila dah sambung belajar, banyak la yang kita akan belajar kan.. Mcm mana nak juggle masa terluang dengan buat assignment, macam mana nak baca buku time exam sedangkan kat opis pun banyak keje. Kena pulak time tu lahh anak demam la ape lahh.. Oii stress oo.. hehe
Apa yang aku treasure sangat time belajar dulu ialah masa belajar tu. Ye lah ilmu tu one thing. Tapi aku dapat kesempatan untuk conquer my own fear - public speaking. Mana taknya, tiap minggu kot ada assignment so kena la present kan.. Then semua yang dalam kelas tu datang dari mcm2 background. Engineer, Doctor, Pilot.. So kita boleh dengar pendapat diorang dari pelbagai aspect. Dari MBA la aku belajar mcm mana nak tukar persepsi aku. Tengok satu benda bukan dari satu sudut ajek. Politik jangan citer lah.. But we are all very open dan willing to discuss about everything. Begaduh sebab nak tegakkan pendapat masing2. Bersemangat setiakawan time exam (haha).
And I have a new circle of friends!
I really encourage you people untuk sambung belajar. Apa2 ajek lah.. Tak semestinya Master. Could be ambik kursus menjahit? Atau kelas bakeri? Apa2 ajek lahh... Pembelajaran sepanjang hayat kan.. Jangan la lepas Degree terus Ok I'm done! Banyak lagi benda yang kita oleh belajar. Bak kata boss aku:
Dunia ni besar.. Buat apa nak sempitkan fikiran awak? Banyak benda lain boleh buat.
No comments:
Post a Comment