Friday, January 7, 2022

My 2nd Master in Forensic Accounting n Financial Criminology UiTM

Ramai yg tanya aku, kenapa sambung study (lagi)? Dah takde keje sangat ke? Ohhh ya lahhh  anak dah besar. Dah tu takde laki nak kena jaga. 😑😑

Meh aku nak habaq, aku keje balik jarang2 sangatttt kul 5.30 aku dah angkat beg. Kalau ada tu, mmg jadi berita sensasi kat pantry esoknya haha. Tiap2 hari aku aim nak 'tajam' 5.30 tapi mmg kelaut. Anak dah besar bukan maksud aku tak payah nak kena ambik tahu, cuma kurang la sket nak kena tatang. Takde la nak kena buat susu cebok berak apa semua. Tapi dah besaq pun depa dok ngendeng je dengan aku esp yg bongsu. Yg sulung pun sama jer. 

Masa aku buat 1st Master dulu pun anak aku kecik lagi. Kalau nak pi kelas, bergaduh jugak la dengan baby sitter sbb laki xmau jaga anak sendiri. Aku pulak, mana nak jaga hati baby sitter, mana nak jaga hati laki, mana nak jaga hati sendiri lagi (aku risau laki aku ada banyak masa senggang sendiri - i know my man vry well). 

Aku konvo betul2 lepas habis pantang. Bawak baby, as a single mother (akhirnya). 

So kenapa nak sambung utk yg 2nd Masters? 

My 1st Master tu general. MBA. Tapi sangat membuka mata n able to shift my concise way of thinking. Jadi enabler utk aku membaca (MBA kena banyak baca case study n constructive comments, especially on tactics n strategies. )

Utk yg 2nd Master's degree ni, aku pursue sbb aku rasa aku kurang tactical knowledge. Yes aku banyak pergi training. Aku banyak baca buku, tapi buku yg aku pilih sahaja. Aku xbaca buku2 taktikal. Ada certain benda yg aku xmau tahu, mcm taxation, auditing,  politics. Aku selesa kat tahap aku. Aku malas nk pikir pasal apa yg government buat dengan tax monies. 😅😅😅😅

Bagi aku, hangpa buat esok hangpa menjawab la. 

Kalau MBA banyak kena baca case study, Master in Forensic Accounting n Financial Criminology ni banyak kena baca articles. Sbb nak backup kita punya write ups. Oh yes, this course require submission of dissertation. Satu lagi benda yang aku mmg nak avoid. Huhu. 

Uni aku punya postgrad course dia buat every week. Masa MBA kelas aku fortnightly. So at least ada 1 week kita boleh spend time dengan fam. 2nd degree xde. Every week ada presentation. 1 sem 3 atau 4 subjek. Kalau tak subjek ni turn kita present, subjek lain. Every week busy yg amat. Kelas starts from 8am to 6pm. Every Saturday and Sunday. Every week. Every month. 

Takde study leave. Takde apa. 

Starts rabu dah kelam kabut nak prepare presentation, nak baca buku, baca articles, buat report. Kalau ind assignment senang. Yg grouping yg leceh. Mana nak kejar orang, mana yg janji dicapati, mana yg bluetick, mana yg bergaduh, mana yang dok jaja citer kata kita bossy etc. 

When u r older, u dah tak kisah dah org suka ke idak kita. Kita xde nak pleasing orang. Esp bila kita dah jadi leader ke atas. Janji benda siap. Nak meroyan ke apa ke, bring it on. Haha

Every presentation is meaningful to me. Sbb aku takde masa nak membaca buku. Takde masa nak baca chapter2 lain. So aku rely kat presentation depa. Aku akan tanya yg mana aku confuse. Kalau depa pun xberapa paham, aku akan tanya lecturer sampai paham. Kadang depa xpuas hati jugak haha tapi sorry, hangpa kena paham benda yg hangpa nak present. Sbb aku mmg xpaham apa. 

One of the most challenging times masa study tu, utk course Law. Bila mana kitaorg kena buat moot court, kena prepare evidences, cari relevant sections, mintak advise n insights dari lawyers, police officers etc. 

Gila weh, kita kena masuk court, bentang kes buat pertuduhan. Prepare evidences dari scratches even IC pun kena buat. And kenapa kita kata dia bersalah. Kalau xde good team work, ada team member yg tak paham/sync cerita, boleh fail oo. 1 sem lagi kena hadap. 

And mind you, B is the lowest marks utk lulus. Huhu. And selalunya Mooting ni requirement utk budak2 law 🙃

For these exercise, kitaorg kena stay back like every Friday n Saturday nights kat lobby UiTM. UiTM foyer tu dah jadi mcm rumah kedua. Pi mekdi seksyen 2, bungkus makan. Masa tu grab panda ni takde lagi. Mekdi s2 tu sentiasa meriah haha. Kul 4am aku balik rumah. 

Sebab? Anak2 aku tinggal sendiri. 

Yer weh. Disebabkan aku sambung belajar ni, depa kena belajar berdikari lebih awal. Aku beli airfryer utk depa masak nugget2. Junk food jangan citer lah. Itu pun aku bernasib baik sbb bapak diorang mau la menolong hantar makan kat anak2 dia. (Kalau tak, mmg berperang aku. Idc. 😅)

Habis aje aku punya study haritu, anak2 aku dah pesan awal2: mummy please lahhh jangan sambung belajar lagi. Kita spend time keluar makan2, tengok wayang pulak ye. 

Hmmmm bab berjimba mmg nak aje kome kan. 😆

Saturday, January 1, 2022

Loom Knitting - Daiso Kit

 Ya ya. Aku tau. Nampak nau bosannye kan? 

Sungguh wei. Lepas submit je dissertation haritu, aku akui mmg ada rasa kelompongan. Tak tau nak isi dengan apa. 

Aku buat2 busy. Aku baca buku, join group baca Al Quran. Boleh laaaa tapi benda tu jadi mcm routine. Pukul sekian2, buat benda tu. Kemudian aku berasa balik. Lama2 jadi mcm bosan gila. Hahahaha

Haritu masa pegi Sunway Putra Mall, aku nampak ada Daiso kat G level. Then aku jumpa loom knitting kit ni. Menarik. Then aku try beli. 




Jenuh juge nak memahamkan instructionnye wei. Dah la dalam bahasa Jepun. Dalam bahasa Inggeris pulak mcm vry confusing. (Boss aku pun dulu selalu komplen katanya kalau baca instruction dalam bahasa Jepun clear. Tapi kalau dalam bahasa Inggeris, dia pun xpaham) 😅

Mujur ada banyak tutorial kat youtube berkenaan dengan loom knitting. So hari ni seharian lah aku dengan benda alah nii. Aku suka dengan yarn ni sebab kaler dia cantik. 




Aku sangat impressed dengan diri aku sbb aku berjaya menghasilkan benda ni sendiri! Hahahahahahaha. 

Sungguh wei. Aku kalau pi mothercare, aku suka tengok baby punya knitted throw. Lawaaaa. Esp kaler putih. Tapi mahai ya ampun. 

Sambil2 dok belek tu, aku dok pikiaq laaa lawanyaaaaa. Pandainyaaaaa depa buat.

Sekali aku boleh buat weyhhh. Hahahahahaha
Bangga sat dengan diri sendiri 😤


Segulung yarn tu dapat la yang tidak. Aku pun tak tau nak buat apa dengan benda yg aku dah knitted ni. 😅


Serious wei  sakit tangan aku mengerjakan benda ni  aku xleh imagine org yg knitting sehelai baju tu. (Tetiba teringat pasal hadiah2 xmas yg selalu org xpuas hati - the worst sweater yg nenek depa knit utk depa). Tiberr 

Ok dah tau knitting. Hahaha. Next aku nak belajar knit yg 2 needle tu. Lepas pada tu, aku pun xtau nak belajaq apa lagi. Nanti2 lah aku pikiaq pulak 😝😝


Friday, December 31, 2021

Happy New Year 2022

Mujur la blog ni linked dengan current email address. kalau dak, kena bikin blog baru. 😆😆 knowing me, aku selalu detach myself from being addicted to some thing/process. contoh, kalau dah tahu certain thing tu, aku akan terus: ohhh mcm tuuu. then aku akan move on. if i needed to go back to the same thing/process, it is because i wanted it to. not because i hv to. 🤥


So, i am 1 year older, hopefully 1 year wiser. 
My kids are now 13 and 10! Becoming a tween is a confusing phase, i have to admit. Hormonal change, a lot of anger issues. Malu, dendam, sayang, suka, semua bercampur aduk. 

Penutup 2021 semalam, aku bawak budak2 pergi makan kat Mr. DAKGALBI. Lama dah since our last makan2 dengan Arip's exes outing 😅. 

I asked my kids on what is their future expectations regarding me, as their mom. What should i do to change. I am expecting they will say something like: anger management hahahaha. 

But then, they were saying: "nothing mummy. I like how it is today. Sometimes it is fun. Other times it is not so fun."

Nothing for me to change? Not to say that i should become less marah2? 

"No mummy.  It is okay. I like it as today"

Hmmmmm 🤔. Realistic requests. 

I knew i hv to struggle to become less marah2 hahaha. But i know i hv to start become less marah2 also. 🥵

2022. A lot of new resolutions, pending previous resolutions 😁. Some merely expectations, dont even bother if i am able to achieve it or not. But among all, there are a few pure resolutions that i need to achieve, some are under going to complete, and some hv yet to start. There are also personal visions that i want to achieve in due time. 

So 2022, bring it on! 

Saturday, December 6, 2014

Tadi aku bawak Alip pegi pasar malam. Sesaje nak berjalan malam, kesahnyeee....

Sampai pasor malam, dah start dahhh nampak pengemis. Dengan anak atas riba. Dia tengok aku, tolak anak dalam stroller. Aku cepat2 alihkan pandangan. Tapi sebelum tu aku nampak dia senyum. Aku senyum paksa.

Pedih hati aku. Aku tengok anak aku dalam stroller. Selesa. Seadanya. Cukup makan pakai. Aku teringat2 senyuman dia tadi. Agaknya mesti dia cakap: Alhamdulillahhhh rezeki anak dia.

Susah nak melangkah dah lepas tu. Terasa nak berhenti bagi duit, tapi hati aku rasa berat. Malu ada. Takut sendiket pun ada. Dalam hati aku, dah start cakap: haaa bagi lagi duit! Depa ni sindiket. Bukan duit tu dapat kat depa pun.. Lagi dibagi, lagi sronok la depa ni.

Baru lepas satu dua stall ada lagi satu pengemis. Pompuan jugak pakai tudung. Sekali tengok dah tau dahhh depa ni bukan orang sini. Anak dia pun bukan orang sini jugak. yang ni dua orang. Lelaki ngan pompuan. Dok jugak atas riba dua2. Tido. Anak lelaki yang paling kecik aku tengok maybe dalam umur 2 3 tahun. Punn sebaya Alip.

Masa aku passing by tu dia tengah betulkan susu botol dia yang, tak ghupe mcm susu.. Maybe susu coklat kot.. Ke teh susu. Dah habis dah.. Terasa terobek2 jantung aku. Betapa untungnya anak aku! Betapa untungnya kita.

Aku belikan 3 dadih. 2 untuk yang ada 2anak tadi, satu lagi utk yg pertama aku jumpa. Agaknya lapar tak diorang ni? Dikelilingi bau2 makanan, satay.. Ada aku nampak bekas air dekat pengemis tu, mesti org lain yg sedekah makan juga. Masa aku bagi dadih tu, dia senyum mengangguk. Aku tau dia tak faham apa yang aku cakap. Aku tunjuk kat anak2 dia.

Pengemis yg pertama, anak dia punn lebih kurang sebaya Alip. Cuma yang ni di dakap. Tengok sekali imbas mcm budak yang kurang sempurna pun ada. Tidur lalok. Kalau ikutkan perasaan aku ni, nak aje aku pergi rasa nafas dia, hidup lagi ke tak. Come on, kita mak mak faham sangat cemana bebudak tido. Kalo dah dlm keadaan yang hingaq macam kat pasar malam tu, budak2 boleh tido nyenyak?

Beza pengemis ber-anakkan sendiri dengan ber-anak orang lain; dia tak de link perasaan masa orang bagi makanan atau duit. Dia takde rasa ohh takpe lahhh ni aku save untuk anak aku.. Takde. Ape dia kesah, aku pun lapar juga.

Macam mana lahhhh dengan budak2 yang diculik, kemudian dijadikan budak peminta sedekah. Na'uzubillahhhh.. Sedangkan parents dia mampu untuk memberi makan pakai. Malah kadang2 lebih dari segalanya diorang mampu. Tak alih2 anak dia dirampas kemudian di drug pulak untuk tak menangis melalak masa mengemis nanti.

Huhuhuhu.. sedih...

Tuesday, November 18, 2014

Pengakuan Suami Curang: Edisi Meroyan


Emosi betui sahabat2 dalam fesbuk. Dengan al kisah 'Pengakuan Suami Curang' kat Sinar Harian. Huhu.. Betui lahh.. memang la emosi dibuatnya. Ai pun emosi jugak dulu.. Kehkeh..

Kalo nak baca artikel tu, boleh baca kat sini -> Pengakuan Suami Curang

Bergoni goniiiii suami si Mah tu kena hambur, kauuu.. Apa yang dia buat tu, betui salah. Aku pun tak nafikan. Kenapa dia buat macam tu pun salah.. Punnn aku tak nafikan.

Tapi ambik lah iktibar dan cuba untuk memperbetulkan kesalahan masing masing. 

Sunday, November 16, 2014

Apip dan Aksi Gorilla, nyaaa

Masa aku kecik2 dulu, mana ada tv yang banyak channel. Habih2 pun Tv1, Tv2, Tv3. Lain2 takde lagi. Tapi satu citer yang kitaorg tertunggu2 ialah National Geographic. Hari Rabu ke Khamis mcm tu lah.. Cumanya, NG ni start dlm kul 10pm. So kena ada alasan yang benar2 kukuh lah kalo nak stay back.

Habit tengok citer haiwan2 ni, aku terbawak2 sampai sekarang. Apatah lagi bila tok papa cakap kalau nak anak jadi doctor, kena ajar dia tengok citer binatang2, Kalau nak anak jadi engineer expose kan dengan citer futuristic / engineering (obviously). Kat Unifi pun ada channel yang banyak tunjuk pasal haiwan2. Apa haiwan yang paling berbisa. Apa jadi kat haiwan2 bila takde makanan, hujan.. and so on..

Saturday, November 15, 2014

Dear Future Husband - Meghan Trainor

hahahaha... suker giler aku lagu ni.. Terbukti sudehhh bukan hanya wanita2 Melayu / Malaysia sahaja yang dok merengek benda2 cam ni.. Come on.. It is who we are : WOMEN.

You got that 9 to 5, But baby, so do I.. So dont be thinking I'll be home and baking apple pies. whooohooooo! Bring it on bebeh!!


Dear future husband,
Here's a few things
You'll need to know if you wanna be
My one and only all my life

Take me on a date
I deserve a break
And don't forget the flowers every anniversary
'Cause if you'll treat me right
I'll be the perfect wife
Buying groceries
Buy-buying what you need

You got that 9 to 5
But, baby, so do I
So don't be thinking I'll be home and baking apple pies
I never learned to cook
But I can find a hook
Sing along with me
Sing-sing along with me (hey)

You gotta know how to treat me like a lady
Even when I'm acting crazy
Tell me everything's alright

Dear future husband,
Here's a few things you'll need to know if you wanna be
My one and only all my life
Dear future husband,
If you wanna get that special lovin'
Tell me I'm beautiful each and every night

After every fight
Just apologize
And maybe then I'll let you try and rock my body right
Even if I was wrong
You know I'm never wrong
Why disagree?
Why, why disagree?

You gotta know how to treat me like a lady
Even when I'm acting crazy
Tell me everything's alright

Dear future husband,
Here's a few things
You'll need to know if you wanna be
My one and only all my life (hey, baby)
Dear future husband,
Make time for me
Don't leave me lonely
And know we'll never see your family more than mine

I'll be sleeping on the left side of the bed (hey)
Open doors for me and you might get some kisses
Don't have a dirty mind
Just be a classy guy
Buy me a ring
Buy-buy me a ring, babe

You gotta know how to treat me like a lady
Even when I'm acting crazy
Tell me everything's alright

Dear future husband,
Here's a few things
You'll need to know if you wanna be
My one and only all my life
Dear future husband,
If you wanna get that special loving
Tell me I'm beautiful each and every night

Future husband, better love me right