Semua di alam fana ni adalah berdasarkan pendapat. Pemikiran masing2. Even Einstein pun berdasarkan pendapat dia juga. Pengiraan ke, penaakulan ke.. semua berdasarkan pendapat beliau; and maybe pendapat kawan2 beliau. Even kalau kita tanya doktor, dia akan beri PENDAPAT beliau juge berdasarkan ilmu2 yang dia dah belajar. Bukan definite. Kita pun boleh or digalakkan untuk mendapatkan pendapat kedua (second opinion) kalau kita rasa ragu2 dengan pendapat beliau.. (mcm pelik pulak bila sebut pendapat banyak2 kali.. heheh)
Ustaz pun macam tu... Dia olah balik apa ilmu yang diajar oleh guru beliau untuk bagi kita senang faham. Kadang dia beri analogi berdasarkan pendapat dan pemahaman dia sendiri. Semua berbalik kepada pendapat. Hanya pendapat Allah sahaja yang definite. Yang pasti.
Aku ada terbaca dalam fesbuk pagi tadi, pasal adab terhadap guru. Dan aku terkesan dengan satu ayat Ustaz Habib ni,
Kenapa dibatasi teladan kepada satu orang? Kenapa dihadkan ilmu kepada satu orang? Warisan ilmu Rasulullah SAW tidak ditinggalkan kepada satu sahabat (sahaja) oleh nabi SAW.. Sekian ribu para sahabat menjadi pewaris ilmu Nabi Muhammad SAW"Boleh click kat sini: Kemana Hilangnya Adab & Akhlak Kita? - Habib Ali Zaenal Abidin
So kalau ada kawan2 kita yang mengutarakan pendapat, kita dengar aje lahh.. nama pun pendapat kann... Ilmu tu tak hanya datang dari seseorang yang bernama GURU sahaja. Atau seseorang yang mempunyai sah sijil atau lesen untuk berdakwah atau mengajar, atau consult atau apa2 sahaja lahh.. Semua orang boleh mengajar berdasarkan pengalaman masing2. Jalan hidup orang semua tak sama. Stendet manusia ni dia akan tend to get along dengan orang yang lebih kurang sama cara pemikiran atau pendapatnya. Kalau tak sama pendapat dia akan sisihkan..Biasa la tuuu...
Tapi nama pun pendapat.. Kalau orang tak boleh terima jangan pulak kita paksa orang dengar or terima. Kita dengar aje pendapat orang. Agak2 radikal pun, dengar aje.. Jangan terus cemuh and kata dia tu sesat. Itu pendapat dia. Kalau kita nak tunjuk dia dengan kita tak sama pendapat, cakap aje: berlain sungguh pendapat hang dengan aku nohhh..
Sure dia akan tersentap punya lahhhh... Tak percaya, cer try test. Kehkeh
Babaiiiii...
No comments:
Post a Comment