Wednesday, September 17, 2014

SAHM, WAHM, WM? WHATever..


Bestnya golek golek atas katil.. Ehhhh korang tengah drive gi keje ke? Ok.. jom tido!

Really?

Ok fine. Aku bukan sentap sangat bila baca ayat2 mcm tu kat status fesbuk. Lebih kepada: yelahhh nak lifestyle mcm tu, buat la online business mcm diorang kann.. Rezeki diorang, Alhamdulillah.. Nak kata rezeki diorang datang bergolek, online bisnes ni senang? Errr... tak la segolek mana punn... Punn kena kerja kuat. Aku tau sebab aku pun pernah try2 nak involve kan diri dengan online business. Tapi, aku tak leh cope. And, i have my own reasons. Haha..

Tapikan... orang kata, segala yang BAIK datangnya dari Allah SWT. Yang BURUK datangnya dari kita sendiri.  Then, bila kita berada di atas, kita wonder, kenapa ehhh orang ada hasad dengki ngan kita? pantang nampak kita berjaya sikit, dahhhh start.. biasa lahh.. MELAYU!


Ekceli, aku tak berapa setuju.

Kalau ayat Prof Muhaya ni, dia akan kata, 'Jom Audit Diri'. Sampai cemuih aku dengaq audit diri, audit diri. Tapi cer fikir, Siapa yang induce orang untuk berperasaan hasad dan dengki tu? Siapa yang up kan status yang... you know, narcissistic enough; sampai orang akan rasa: elehhhhhh...

Tak semua orang boleh maintain aura positive. Betul, kalau tak suka, hide. Tapi, ada juga orang yang sengaja tak nak hide. Saja nak baca.. Tapi bila baca, tersentap! Haha..

Bila orang yang sengaja nak baca ni, start laaa... dah jadi mcm haters. Ade aje yang dia nak stalk, nak digosipkan. Nak cakap: alahhhh dia bukan perfect sangat pownnn... Alahhh dia bukan blablabla... Tapi, laki dia hensem jugak ehhhh.. dengg!

Macam dah melalut ajek..

Ok, fine nak mempromosikan gaya hidup 'bebas' anda. Free time, free money (ehh) bila2 masa nak keluar, boleh keluar.. bila2 masa rasa nak gi mall sana sini boleh check in at once. Tapi, jangan lupa yang tak semua orang ingin mempunyai gaya hidup yang sama. Tak semua orang bercita2 nak jadi Stay at Home Mom. Tak semua yang bercita2 nak jadi Working at Home Mom. Ada yang punyai cita2 nak climb the corporate ladder. Ada yang just suke working environment.. Excessive promotion mcm ni telah membuatkan banyak hati2 wanita (yang bekerja) rasa bersalah sebab seolah2nya kita takde banyak masa untuk di spend dengan anak2.

Sama mcm isu breastfeeding. Pernah suatu ketika dulu meletop ibu2 yang tak dapat beri penyusuan ekslusif kepada baby2 diorang; sebab rasa bersalah.. Konon semua ibu seharusnya memberikan susu ibu sendiri berbanding susu formula. Betul. Susu ibu adalah yang terbaik. Semua ibu nakkan yang terbaik untuk anak2 dia. Tapiiii ada sesetengah orang yang tak 'berkemampuan' untuk menyusukan anak dia, atas sebab2 tertentu..

Tak boleh lah nak disamakan rezeki kita dengan orang lain. Bila kita rasa senang aje sesuatu benda tu, kita terus judge: alahhh dia nak buat pun boleh.. cuma rajin ngan tak rajin ajek..

Tak kisahlah isu penyusuan ataupun berniaga online.

Kita suka berniaga online? Rasa rezeki murah? Then, teruskan.. Tak perlu lah nak judge orang lain, kata : aku dah cakap banyak kali dahhh.. ko yang tak nak dengar..

Masing2 ada kekangan hidup masing2. Tak manis rasanya kita create negative aura disekeliling kita and expect orang lain untuk terima secara positive.

Cheerio!

No comments:

Post a Comment