Betullah dengan zaman2 sekarang ni, semua main duit. Orang kata, nak masuk toilet pun kena bayor 3posen. Ape, ingat ada lagi ke barang free? Hehe.. Nasib baik oksigen tak kena cas. Ceh.. oksigen.. Scientific nauuuu...
Adik2 di luar sana, yang baru nak grad, baru nak start hidup tu, dengor lah pesanan ahkakkk nihhh.. Walaupun tak le se-tua mana (krikk krikkk)..
Gaji permulaan RM2500 pun jadi isu. Apekeheinye yeop yong oi? Tak cukup sangat ke? Ater kome nak gaji permulaan banyak mana lagi? Betul tak leh ler nak compare apple to apple, apa yang lebih kurang 8 or 9 years back dengan sekarang. Tapi rata2 secara kasarnya lebih kurang dalam lingkungan yang sama lagi.
Yang berbeza cuma cara kita spend atau bagaimana lifestyle kita yang kita nak pamerkan kepada orang, (immediate family, sedara mara, hatta kawan2).
Berapa kerat sangat freshie yang sanggup naik public transport ke tempat keje. Kecuali atas dasar parking keter mahal ya ampun, and either station tu sama building / next building dengan office; or rumah kita dekat dengan station. Then they will proudly say: buat apa nak bawak keter mengadap jem pepagi? (Kalau diberi kesempatan, diorang lagi selesa naik keter sendiri).
Yang penting, lepas grad cari keje cepat2 untuk konvo. Sebab apa? Ye lah.. masa tu ibarat mega reunion selepas 3 atau 4 tahun bersama dalam satu kelaas, pegang status pelajar. Dalam kepompong lagi..Tapiii tak maen lahh kepompong biasa. Chrysalis okeyhh.. Tak kisah lah hangpa nak chrysalis kaler gold ke.. silver ke..
Now stage butterfly tu dah keluaq dari kepompong tu, tinggai nak keringkan sayap dia aja.. Fullamakkk.. terbayang pulak Monarch Queen Butterfly.. haha.. Tinggi kann imaginasi cek?
Bak kata lecturer dulu (masa dalam kelas), masa konvo nanti, masing2 dah bagi name card masing2, jangan lupa simpan. Haaa.. situ dah start dah dia punya peer pressure.
Giler ahhh dia keje Big 5 tuuuu... Dulu tak silap aku dalam kelas biasa2 ajekkk..
Tu baru keje ngan company apa. Dahh start dahhh...
Belum lagi ada pulakkk yang ringan mulut nak citer berapa starting company dia kasik.
Yang oiiii, anything yang berkaitan duit, esp bila dibayar ke akaun kita (sahaja) WAJIB simpan dalam hati sahaja ok. Apatah lagi kalau yang bertanya tu colleague kita yang satu department. Atau ada la sorang mak joyah yang dah lama keje situ, tetiba berbuat baik dengan kita kat pantry dan bercerita pasal gaji orang, secara kita tak sedar semua tu adalah pancingan beliau utk bertanya gaji kita.
ohh stendet la keje ngan Shell, starting dlm 3.5k la.. Ko?
errr.. errr aku keje ngan company kecik je kat Shah Alam. Alaaa kompeni Melayu buat trading. Tapi semua tu simpan dalam hati je la kann..
ooo lebih kurang je lahhh ehhh
implied.
tak nak elaborate panjang2. tukar topik!
Dah lunch? Jom TGI!
hambik!
Sekali sekala ok beb. nak buat kaver muka. Kalo dah tiap2 hari? Kena pulak tempat koje grand sebelah shopping complex. Konon2 nak masuk the gang ahkak2 and bro2 yang dah lama koje. Diorang dah siap list utk lunch.
Day 1: TGI - nak makan steak.
Day 2: tukar angin lahh.. nak makan Sandwich. Subway anyone?
Day 3: ok steak dahh.. sandwich dah.. hmmm mana ehh.. Sushi?
Sushi King eh?
Helloooo.. Sushi Tei la..
kahkahkah...
Aku gelak sorang2 sat. Hangpa ingat aku menipu?
Ok imagine eh.. Korang keje kat KLCC. (Kata lah).. or even MidValley. Mana korang nak carik nasik 5hengget all in? Ade? Maybe la ada.. Tapi kena jalan jauh la sket cari makcik lori. Ataupun kat depan bangunan Ambank kat junction Yap Kwan Seng tu. Ada la satu makcik lori yang kena beratur la sket..
Nak join the league, kena play the game lah kann.. ahkak2 tu gaji bukan 2500 tau. Bukan yang baru start keje semalam. Atau 2bulan lepas. Diorang dah establish.. Kalo dah 3tahun keje, memang la dah establish. Bukan sebab depa gaji dah banyak, tapi depa dah boleh manage kewangan depa. Loan depa bayar bila. Credit card depa bayar bila.
And all the above yang aku mengarut tu, bukan rekaan semata2 okeyhh..
Kalau korang punnn beriya bawak Coach gi koje on the first day, pakai kasut kemain bergaya. Orang sure anggap, alah dia ni lord ni.
Tak salah nak bergaya tapi, hmmm.. again, kembali kepada ukur baju di badan sendiri. Yaaaaa.. blehblehbleh... Kita beriya nak tunjuk kat orang, nak impress kat orang lain, how good we are after grad. Nak duduk kat kondo. Tak mau flat. Malu..
Nak sewa satu rumah. Tak mau bilik. Malu.
Nak beli keter mahai. Tak mau Viva. Malu.
Kamon.. engineer kowttt.. takkan pakai viva! Tak cara laaa..
Kenaa setepek lagi.
Tang situ yang akan keluar statement: Gaji permulaan RM2500 tak cukup.
Boleh hangpa nak gaji permulaan 3500. Salah ka? Tak salah aihhh.. Pi aim kompeni besaq2. Tapi make sure lah CGPA hangpa pun besaq2 jugak.. Takkan hangpa bawak CGPA cekeding hangpa harap gaji permulaan gemok2. Betui dak?
Setiap company tu ada turnover depa. Ada yang at profit, ada yang at loss. Ada yang cukup2 makan. Takkan kita nak mintak impose gaji permulaan yang mahai, sedangkan depa hanya cukup2 makan? Tak adil kan?
Cari pengalaman dulu. Jangan nak bandingkan diri dengan kakak2 atau abang2 atau sedara mara yang dah 3tahun, 4tahun bekerja dengan kita yang baru nak start belajar cemana cara nak punch card. Rilek2 sudahh.. Kalaupun orang lain rezekinya murah, tarik nafas, dan fikir: Alhamdulillahh.. rezeki dia.
No comments:
Post a Comment