Tuesday, October 7, 2014

Kawan Ibarat Cermin..

Orang tua2 selalu cakap, 'Kawan tu ibarat cermin'. Dulu2 tak paham. Kenapa diibaratkan kawan tu sebagai cermin. Lepas tu kita dinasihatkan berhati2 dalam memilih kawan. Jangan pilih kawan yang berperangai tak elok.. Nanti2 kita pun akan terikut2 sama perangai tak eloknya tu..

Betul, kawan tu ibarat cermin.

Sebab dia akan reflect mcm mana perangai kita. Tapi bukan dengan cara mengikut apa yang kita buat. Sebagaimana kita tengok reflection diri kita dalam cermin tu.. Wahhh kau! Sebagaimana!

Heheh..



Kawan akan reflect mcm mana kita as a person. Dia akan respond on how we react to them. Kalau kita react negatively, dia akan either respond in negative way, or perhaps in a positive way; bergantung kepada peribadi kawan2 kita tu juge.

Tapi selalunya lah, sepositif mana pun seseorang tu, akan sampai satu tahap dia dah tak leh handle aura negative kita tu. Anddd by that time selalunya akan berlaku lah perbalahan; atau kawan kita tu akan mula mengasingkan diri daripada kita. Dan kita akan tertanya2 sendiri, kenapa ehhh.. Awat ehhh..

Bagi aku, aku setuju bila orang kata kawan tu ibarat cermin. Tapi cermin tu, bagi aku adalah cermin dua hala. Two sided mirror, orang kampung kata.

Sebabnya?

Sebabnya, bukan sahaja kita akan dapat tengok perangai sendiri (dengan memerhatikan cara org respond kepada kita), tetapi jugak kita dapat tengok perangai/ peribadi kawan kita tu sendiri, dan ambik la iktibar sendiri.

Ada masa kawan kita tu akan tunjukkan perangai sebenar dia, walau sebagaimana baik dia cuba tunjuk dia tu depan kita. Dari situ kita boleh lah gunakan 'kawan tu ibarat two-sided mirror' dimana kita see through perangai sebenar dia. Seolah2 dia duduk dalam fish tank and kita tengok dia dari luar.

Kalau dia jenis yang benda private kawan baik sendiri pun dia citer kat kita, pempaham la kita kalau2 kita cerita private kita pulak kat dia, cemana cara dia sampaikan kat orang dengan hanya kita dengar cara dia sampaikan citer orang kat kita.

Ater paham ke mengkome oiii..

Hahaha.. nama pun blog syok sendiri! Aku aje ler yang memahaminya..

#luahanhati #meroyan #kbai :D

No comments:

Post a Comment