Monday, May 26, 2014

Adult Acne

Hai laaaa.... seebok dengan jerawat dia! Hello.. So yesteryear! Orang lain dah move on to another chapter dah, awak baru nak bukak chapter pasal jerawat. Well, I guess I have a disease that keeping me look young. Wakakaka.. Choi! not disease lahhh...

'...2 days ago I hear on MTV that Justin Bieber had a disease and that he is really 33 years old, then later on he was actually his real age (16) but this disease make him look like a 12..'

like, Whattttttt?

Ok, whatever! Berbalik kepada cerita jerawats ku yang menyedihkan.. (sedihhhh), mula2 aku ingat pasal salah pakai masker (Sephora's Green Tea mask), then ada la officemate aku yang kata hormone aku tak balance.. Well, could be! One of the many reasons, I guess.

Studies have traced the cause of acne to one thing: hormonal fluctuations. Whether brought on by lifestyle (stress, diet), PMS, pregnancy, or polycystic ovary syndrome (PCOS), the result is the same—an increase in cortisol (also known as the stress hormone), which gets broken down into testosterone, a male hormone that pumps excess oil through your pores. "When your hormones are out of whack, your skin's oil production may go into overdrive, causing an acne flare-up," says Zeichner.
And it doesn't take a midlife crisis for it to happen. "Even a moderate amount of daily stress—like balancing a career and a social life, or coming home from work and having to cook dinner for your family—is enough to trigger a breakout," says Ava Shamban, M.D., assistant clinical professor of dermatology at UCLA and author of Heal Your Skin. Smoking can also spark a breakout: A study in the Journal of the American Academy of Dermatology showed an association between lighting up and adult acne (specifically, whiteheads and blackheads) in women. (sila baca sini)

Aku cuba beli Oxy (sebab adik aku yang punya banyak jerawat pakai hat ni),  - Nampak narr sangat naïve dalam kes jerawat, huhuhuhuhu - but after some googling around, aku baru tau yang most of the products are for teens - obviously, sigh - dan kulit remaja berbeza dengan kulit dewasa, sebab  kulit remaja lebih tebal; manakala kulit dewasa lebih nipis.

Sebelum ni, aku try scrub every other day (I've been advised so), tapi mcm makin teruk ajek.. betul, lepas scrub tu jadi licin sekejap sebab kita dah buang segala kotoran2 dan segalanya tapi dia jadi macam lagi prone to breakouts. Then aku pi la bubuh Oxy 10 tiap2 malam. Pun macam lagi worse.

Cleansers: Cetaphil and Aquanil are the most gentle. Avoid too-strong gels and products containing beads or granules, which are abrasive and can irritate and worsen sensitive skin.  
Creams and lotions: Use an over-the-counter retinol product to clean pores and help reduce fine wrinkles. Prevent discoloration and fade acne scars with products that contain salicylic and glycolic acids. And to spot-treat a breakout, use a product with benzoyl peroxide, which helps kill bacteria. 
Prescription medications: The topical antibiotic clindamycin helps fight bacteria in the skin; so does tetracycline, another antibiotic, taken orally. Oral contraceptives and spironolactone, a blood pressure drug, can help balance hormones. A gel containing dapsone, an antibiotic, helps fight infection and inflammation involved in acne.

High-tech solutions: Laser and intense pulsed light treatments mainly target scars, but blue light therapy treatments kill acne-causing bacteria. These treatments are costly, though, so explore your other options first. (source: WebMD)


 
....
 
My verdict?
Haha... at least kena tunggu 2minggu kot, nak tau Oxy5 better ke tak dari Oxy10. #panicattack :D
 


Friday, May 23, 2014

Antara 'Keperluan' dan 'Kehendak'

'Don't Get Too Attached With Things. Learn To Let Go.'

Ada banyak benda yang secara tak sedar membuatkan kita ter'bind' - emotionally or physically. And these things akan membuatkan kita rasa takut kepada benda yang kita pun tak tau (fear of the unknown). Walaupun benda2 tu kadang tak penting sangat pun, tapi kita dah lama sangat bergantung dengan benda tu sampai kita rasa kita tak boleh hidup kalau dia takde.

Aku ada banyakkkk pending list yang nak kena tengok.

1. Whatsapp!
Wahhhh.. pantang dengar bunyi notification, automatic tangan akan cari phone. KENA tengok ok! What if, blablabla.. Nak tido sangat ni.. Tapi terdengar notification, and tengok jap. Pastu nyesal, ahhhh takde kaitan dengan aku! Letak balik.. Then ada lagi notification. Angkat lagi...

Ok. This one aku memang dah get rid. WhatsApp memang ada tapi dah tak kisah either ada notification atau tak. Dulu2 iye sebab risau kalau2 boss ada WhatsApp. But now, even letak henpon kat sebelah pun dah tak perasan ada incoming message. I think I dah off my own alert to WhatsApp notification. Kwang kwang kwang...

2. Henphone & Wallet.
Serious! Tak boleh berenggang dengan phone langsung! Wallet tu boleh la sekali sekala. Tapi dengan phone? No way! Even kalo kat umah, pi bilik, bawak phone masuk bilik. Pi ruang tamu punnn bawak jugak phone tu kat depan. Alasan aku? Aku punya tone tu tak berapa nak kuat. So kalo letak dalam bilik takut org call tak dengar.

Yep. Aku admit. (Mcm tak boleh tukar ringtone lain kan). Tapi dulu lebih kepada alas an di atas. Hahaha..

Currently im working on it. Kira dah dekat setengah tahun dah aku berenggang sket dengan phone. Hantar budak skolah pagi2 pun aku tinggal aje phone kat umah. Alasan takut emergency tu memang betul. Kang bila dah terantuk baru terngadah kan? Tapi aku nak cuba tukar habit ni. Kalau tak, sampai bila pn aku akan still bergantung dengan phone. Kenapa? semua ada dalam tu ma.. You name it.

3. Facebook.
Membawa kepada alas an di atas. Kenapa aku tak boleh berenggang dengan henpon. Haha.. Fesbuk beb! Aku pernah baca komen sorang pompuan kat UK tak silap, masa ura2 Facebook akan shut down. Dia kata: 'What I'm going to do with my life? ' What? Itu yang trigger aku. Diam tak diam aku dah bergantung dan habiskan masa aku kat facebook hampir 7 tahun! bayangkan? Haa.... aku join fesbuk Oct 2007.

Makin teruk bila aku start guna phone yang boleh direct link dengan fesbuk. Semua benda aku nak share kat fesbuk. Snap gambar, semua nak upload. Check in semua nak bagitau. Demm...

aku started off dengan un install fesbuk dari mobile. Mula2 dulu takut jugak kalau2 ada emergency (alasannn lagii) and org contact kita tak dapat. (Yang mana takde no phone kita kan) Itu lah.. fear of the unknown! Lepas baca buku pasal habit tu lagi la aku realize banyak benda yang aku buat dah jadi habit. So I am going to change my habit. No more fesbuk! And guess what? Hari ni aku tak bukak fesbuk kat office! For a whole day! Well I am quite impressed with myself! -way to go girl..

4. Wedding Ring.
Hahahahaha.. ya ya ya.. Dulu2 org Tanya:' Eh kak Suzie still pakai lagi eh, cincin kawen?'
Haah.. alahhh cincin ni pun dulu beli sebab guna duit sendiri. (And lawa! haha) So, pakai aje lahh...

Tapi apa yang buat aku tak sedar ialah, aku bergantung sangat dengan cincin tu dan secara emotionally nya aku seolah2 duduk di dalam dunia fantasi di mana aku berasa: I am ok! I am fine.
As if I felt naked kalo tak de cincin tu. Kalau keluar, itu adalah salah satu cara aku nak bagitau kat dunia yang - Don't Disturb Me! I'm taken! - which is not.

And I wonder kenapa takde orang yang nak tegur aku! Wakakaka

ok ok.. every now and then aku memang try letak cincin tu kat umah. ada lah perasaan yang : Alahhh pakai aje lahhh... Tapi, yup. I need to let go.

5. Keter.
Keter memang penting. Especially bila kita takde transportation yang lain selain dari keter kita.
Kalau takde keter, rasa patah kaki. Tak leh piker cemana nak ke sana ke sini. Sebab apa? Keter dah jadi mcm barang keperluan. Bukan kehendak.

This one memang aku kena tukar mindset aku. And also kena let go. What if, satu hari nanti, blablabla.. Anything could happen kan. Even nak pi pasar malam yang sekangkang kera pun aku naik keter, apehal kan?

Route bas kena ambik tau. Route train. Kat mana nak ambik teksi. Sekali sekala kena jalan kaki, untuk membiasakan diri dan nak bagi tau otak yang -hey, its ok kalau kita jalan kaki ke kedai sekali sekala sambil bawak anak2. kalau dulu selalu dok rasa takut - takut letih lah, takut tak leh handle budak2 lah.. takut budak2 penat nak berjalan lah.. Bila try sekali, ehhh not bad jugak.. takde la penat mana pun kann...

...

Let it Go.. Let it Go...

Thursday, May 22, 2014

Kereta Besor dan Orang Muda

Dalam jem kat KL ni, mata aku merayau2 nengok keter orang. Cantik, Buruk, Tak Basuh..Macam2 lagi lahh..

Ade jugak yang 'buat' keter sampai pelik rupenya. Haha.. Adediorangkesah?

Kereta idaman kalbu aku? Hmm ade lahh... InsyaAllah... Tapi bila cermin keter sendiri, aduhaiii,, banyak narrrr kecacatan fizikal yang aku tak sengaja buat atau org lain sengaja/tak sengaja buat pada keter aku. Cer tengok kat keter2 besor. Kita ambik contoh keter Merc la kan.. Keter Merc cantik (hehe)..

Ade keter dia calor balor? terkemek sana sini? Takde!

Alasan? Ye lahhh keter mahai kottt.. Mesti lah cermat!

Ye ke?

Cer tengok owner keter tu.. Rata2 umur berapa? Ada ke orang2 muda bawak? Yes. Ada. Tapi tak banyak. Paling kurang dlm late 20s or awal 30s. Lain kebanyakannya org yang sudah berumur. Kenapa eh?

Harus lahh.. Dah berusia, tangga gaji pun makin naik, then mampu lah..

So, apa relevennya dengan keter Merc org berusia bawak and takde calor balor?

Pada aku, relevennya ialah keter Merc tersebut bukanlah keter pertama beliau. Mesti dan haruslah sebelum ni beliau mempunyai keter yang bukan keter Merc or BMW or Vellfire or any other car yang dalam kategori mahai lah, senang citer. Dan jangan lah kita anggap yang keter2 beliau yang sebelum ni langsung clean and clear! Of course ada kecacatan minimum. Esp keter pertama yang dia pakai.

Maksud aku di sini ialah, melalui pengalaman, owner keter mahal tersebut berjaya meng'handle' dan meminimumkan sebarang kejadian yang bakal membawa kecelakaan kepada keter mahal beliau. Kerana beliau sendiri pernah melalui (menerusi siri2 kereta beliau dahulu) segala macam kecelakaan yang akan membawa kepada mulut beliau berkata "Celaka!" or "Shit,man!" bila berlakunya kecelakaan itu. Hahahahaha pening tak? pening tak? Sikit lagi...

Macam tu jugak lah bila seseorang tu naik pangkat. Kalau sampai tahap umurnya, dan jawatan yang disandangnya itu sepadan dengan segala pengalaman dan ilmu beliau; then orang akan kata: Memang layak lah dia dapat post tu. Dia dulu pernah blablabla...

Macam mana dengan kes orang yang nak naik pangkat cepat? Baru 20lebih dah naik jadi manager. Wahhh.. berbangga dengan kejayaan. Sudah mula mendabik dada. Hero tu! Orang lain ambik masa bertahun2 untuk climb the corporate ladder. Ko setahun dua aje, dah terus naik. Hebat! Ya lah.. berpadanan dengan 'usaha' yang telah dilaburkan kan...

Tapi, hati hati.. Orang tua2 kata: Orang yang cepat naik, akan cepat jatuh.

Dulu aku tak Nampak apa yang dimaksudkan dengan ayat2 tu.. Bagi aku, ehh apa salahnya. Opportunity+Usaha Keras. Tapi seseorang pernah berkata mcm ni:

"Tak semua orang mampu mengawal or handle kekayaan; ataupun kuasa. Especially orang yang muda. Sebab dia tak melalui lagi segala macam dugaan (pengalaman) dan masih mentah (kurang ilmu). Bila orang muda dapat kekayaan, ditambah pulak kurang pengalaman dan ilmu; itu yang buat diorang collapse sebab tak mampu nak handle. Bila kita dah menempuh semua dugaan or cabaran then kita bertambah ilmu dan kematangan dalam mengawal isu2, baru lah kita akan stable"

Ya, aku tak nafikan; bertambah umur kita then bertambah kematangan kita sebab kita dapat tengok satu benda tu dari sudut yang berbeza; yang sebelum ni kita tak nampak/faham. Tapi ada jugak orang tua yang bila dah tua punnnnn tak faham2.. hahaha...

......

Apip seebok suruh mak dia tukar kereta. Bila aku Tanya keter apa, dia dengan selambe badak menjawab:

Keter BMW pun.. boleh lah mummy.

Adoi la budak.... Masih mentah kan? Huhuhu


Friday, May 16, 2014

What? Sambung Belajar?

Hamboi... Tajuk kemain! Mengalahkan artikel dalam CLEO. kehkeh.. Yalah, nak jadik wartawan tak mampoo nak sambung belajar journalism. So, mampu meroyan kat blog sendiri dan tak de editor tlg edit or proof-reading. Oh well, mak suke!

To be frank, aku dulu ade masalah low self esteem. Sangat2 okeyh. Bukan sikit2. Aku dulu sangat reserved (skang pun.. hehe) tak suke berkawan dengan orang. Alasan aku: blame my work - orang akaun tak bercampur dengan orang. Haha.. ye ke? Boss aku dulu pernah cakap:

Suzie, I nak u jadi mcm u tau tak kalo kompeni2 yang kalo bahagian akaun tu, ada la sorang cina pompuan yang tak de nak senyum2 kalo org datang.. Bila org datang nak collect gaji pun, mcm kecut aje depan tu..

Haaa... memang itu ler pegangan aku. Haha.. Padahal yang aku tak perasan ialah, boss aku suruh aku acting aje mcm tu bila ada sub-con datang nak merenyeh2 tanya pasal advance claim ke.. pasal cheque yang belum due ke... Bukan all the time! Haha.. salah digest.

Well, disebabkan kereservan aku time tu, aku takde kawan. Serious! Aku rasa takde orang nak kawan dengan aku. Selalu lah ada perasaan mcm tu. That im not funny enough, takut nanti cakap merapu orang tak faham, rasa mcm tak pandai ajek.. macam2.. That bad sampai aku cuma boleh berbual (dalam erti kata berbual yang sebenar2 berbual) bila one to one sahaja. Bila ada orang ketiga, aku dah tergagap2. So bila ada ramai orang (3orang termasuk aku), aku memilih untuk hanya menjadi pendengar setia. Sedey kannn... haha..

Teringin nak pergi lepak2 minum dengan kawan time hari minggu. Tapi dengan siapa lah aku nak lepak? En Axe (ex) la yang highlight benda ni kat aku.. Katanya: u mana ada kawan! Kawan2 u cuma budak2 office u ajek! Itu bukan kawan. Snap! Ehh betoi la.. aku memang takde kawan.. Lagi la down!

So, tertekan dengan keadaan diri yang dirasakan sangat down masa tu, kena pulak En Axe seeebokkk suruh aku tukar koje tapi aku asyik tak dapat koje lain; so dia suruh aku sambung belajar. Macam2 la alasan yang aku kasik.. Anak kecik lagi lahh (time tu Abang dalam setahun lebih).. Susah lahh.. Nanti kena buat assignment lahh.. Padahal aku lebih risau yang En Axe akan ada masa senggang yang banyak (kelas every Saturday & Sunday, fortnightly - 9am to 8pm). Haha.. Well, I know my ex!

Tapi aku proceed jugak sebab aku nakkan perubahan dalam hidup aku. Bila dah sambung belajar, banyak la yang kita akan belajar kan.. Mcm mana nak juggle masa terluang dengan buat assignment, macam mana nak baca buku time exam sedangkan kat opis pun banyak keje. Kena pulak time tu lahh anak demam la ape lahh.. Oii stress oo.. hehe

Apa yang aku treasure sangat time belajar dulu ialah masa belajar tu. Ye lah ilmu tu one thing. Tapi aku dapat kesempatan untuk conquer my own fear - public speaking. Mana taknya, tiap minggu kot ada assignment so kena la present kan.. Then semua yang dalam kelas tu datang dari mcm2 background. Engineer, Doctor, Pilot.. So kita boleh dengar pendapat diorang dari pelbagai aspect. Dari MBA la aku belajar mcm mana nak tukar persepsi aku. Tengok satu benda bukan dari satu sudut ajek. Politik jangan citer lah.. But we are all very open dan willing to discuss about everything. Begaduh sebab nak tegakkan pendapat masing2. Bersemangat setiakawan time exam (haha).

And I have a new circle of friends!

I really encourage you people untuk sambung belajar. Apa2 ajek lah.. Tak semestinya Master. Could be ambik kursus menjahit? Atau kelas bakeri? Apa2 ajek lahh... Pembelajaran sepanjang hayat kan.. Jangan la lepas Degree terus Ok I'm done! Banyak lagi benda yang kita oleh belajar. Bak kata boss aku:

Dunia ni besar.. Buat apa nak sempitkan fikiran awak? Banyak benda lain boleh buat.


Thursday, May 15, 2014

Getting Single, Again?

Hmmm... Lately banyak nar kes penceraian. Nak cakap banyak pun, tak boleh jugak.. (awok sendiri pun termasuk dalam statistic, kan) Kalau dah begitu takdirnya, redha ajek lah.. ye idok?

So, kalau dah buat segala yang patut: selidik dalam2, berbincang, pikir masak2, istikharah blablabla, then, moving forward: -

1. Kuatkan Hati! Or Cekal.

Being single (again) tak sama dengan single masa zaman anak dare dulu eh.. Even dok clash, kapel, clash, kapel. Seriously! Memang tak sama. Kalo selama ni kita ada teman untuk buat semua benda, nak makan ada teman.. nak mandi ada teman :D nak tido ada teman, nak bebel ada orang nak kita bebelkan, nak citer dia lah pendengar setia walaupun kadang2 (or most of the times) masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

So, lepas ni, semua benda2 tu dah tak dak tau! Face the fact! So no more tempat nak mengadu kalo2 ada lipas kat dapur ke, ulat sampah dah berlonggok kat tempat sampah ke.. no more! Semua buat sendirik okeyh?

2. Fikir Anak2 (if applicable)

Kalo ayat org2 tua dulu, 'sekarang ni hang la mak, hang la ayah' hehehe... sayu hati den! Ok! Kata supermom kan.. Nak jadi supermom kena la by stages.. Alah Superman pun dapat power sket2 kann.. Mula2 jadi superpower dulu, lepas tu dapat power laser guna mata la ape la...

Yang penting, jangan menipu or reka2 cerita. Manipulate ok.

Contoh:
Anak: Mommy, kenapa Daddy tak duduk umah kiter?
Mommy: Ohh Daddy sekarang ada rumah baru. Daddy duduk rumah daddy, kita duduk rumah kita lah.. Nanti2 Abang boleh lah pegi rumah Daddy..

Anak: Kenapa Daddy tak duduk dengan kita? Kenapa Daddy ada rumah baru?
Mommy: Ohhh (tricky) Sebab Daddy nak duduk dengan Mummy XXX..

Pepandai hangpa la nak reka ayat apa. Asal jangan tersasar dan anak tak hidup dalam cerita rekaan anda dan sampai satu saat nanti dia rasa anda menipu dia. Come on.. Bebudak sekarang dah bijak.. So kita jangan downgrade depa. hehe

3. Financial dah Stable ke Belom?

Banyak benda2 yang selama ni kita tak ambik peduli, lepas ni kita kena tanggung sendiri. Kalau financial tak stable lagi dan rasanya tak mampu untuk hidup bersendirian, maka tanggung lah dulu penderitaan tersebut. Try. Dalam masa yang sama, cuba selamatkan lagi perkahwinan tu. KECUALI pasangan anda tu giler meroyan, kaki pukul, kaki judi dsb yang memang wajib ditinggalkan walau dengan apa cara sekalipun atas dasar keselamatan.

Sebabnya, lepas ni kita sorang yang kena pikir pasal sewa rumah, loan keter, personal loan, credit card, barang2 rumah, sakit pening sendiri dan anak, bil2, sampah sarap, makan pakai, skolah anak. Kalau bakal ex tu masih bertanggung jawab, maka try ler buat do no dengan segala permasalahan yang ditimbulkan olehnya. At least sampai anda rasa anda dah stable.

4. Baiki Hubungan Dengan Family.

Doesn't matter family kandung or angkat or mertua. Yang putus hanyalah ikatan antara suami dan isteri. Tapi hubungan antara anak dan parents tetap ada. Jangan sebab kita yang bercerai suami isteri, semua hubungan antara atuk nenek-cucu, sepupu sepapat semua terputus. Rilek2 sudah.. (Tambahan kalau bukan kita penyebab berlaku penceraian).

5. Baiki Hubungan Dengan Ex or Bakal Ex.

Bukan nak suruh pi menyerongeh or menggedik2 kat dia. Cuma tak payah nak bergaduh sakan lah.. Tambah kalo ada anak2. Yang terputus hanya antara dua tu.. Try google pasal co-parenting. What are the do's and don'ts.

Still involvekan ex anda dengan aktiviti anak2. But, set the limit! Buat boundary. Cara nak sms kena jaga. Jangan sampai dia rasa kita ni nak tackle dia balik. Esp kalo dia dah ada pengganti or sudah berkahwin lain.. Hati wife dia kita kena jaga juga. Biaq la dia tak jaga hati kita pun dulu. Itu antara dia dengan Allah.. Unless hangpa memang nak balik kat dia. And please, tak payah la kot nak berdendam2 bagai. Buat apa nak hidup dalam kemurungan dan memikirkan pasal orang lain? Depa dah bahagia dengan cara depa. Awat kita kena hidup dalam kesedihan?

Satu masa nanti kita akan masih perlukan dia. Contoh: anak sakit tengah2 malam. Nak bawak pi hospital, anak2 lain tengah tido or kecik2 lagi.. So time2 ni la kita perlukan bantuan ex. Betui dak? Perjalanan hidup kita masih panjang wehhh... Banyak lagi bantuan yang kita harapkan dari ex. Ni anak dia juga. Kenapa kita saja yang kena bersusah payah? Tapi kalo kita nak dia 'bantu' kita sama, kita pun kena la jaga tata susila, kann...

6. Redha dan Berlapang Dada lah..

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Maybe sekarang kita masih berasa ralat dan sedih dan segala2nya.. Takpe. Take your time. Most people ambik masa dalam setahun untuk stabil dari segi emosi dan segala-galanya. Kalau rasa down, cuba cari blog yang berbentuk Islamic sket. Kadang dengan membaca entri2 mcm ni, akan membuatkan kita terpanggil untuk berfikir - kenapa? Ada sebab kenapa semua ini terjadi.

Contoh:
Dulu maybe susah nak spend time untuk diri sendiri. Malam2 kena persiap diri. Ha la, masa dah terluang.. Jenguk2 la page Al-Quran. Tak payah lah dok jenguk kat fesbuk memanjang.. Sat gi anak2 pulak rasa terabai. Kalo anak2 dok tantrum memanjang (selalunya stress after divorce) selalu amalkan baca Al-Quran masa depa tengah tido. Kita baca dekat dengan depa. InsyaAllah..

Lagi satu, air lepas wudhu' tu sapu kat muka depa. Lembut hati anak2 nanti. Tak caya, cer try test :P

7. Less is More

Tak perlu nak meroyan dalam fesbuk bagitau satu dunia kita dok bengang dengan ex. Kalau sedih, dan nak orang2 terdekat kita tau perasaan kita, kita buat secara implied. Contoh, post lagu yang berkaitan ke.. Tapi tak payah komen berjela membuka aib kita sendiri.. Siapa yang faham, akan faham apa kita rasa time tu.

8. Be a Single Mother, bukan Single yang Desperate.

Betul. Kadang2 kita akan rasa sunyi. Kita akan rasa cemburu tengok orang lain ada pasangan. Kita pun rasa kita berhak untuk ada pasangan. So, kita buat apa? Orang kata jodoh pun kena berusaha, kan? So nak post dalam fesbuk ke, mencari jodoh?

Aiyooo... Sebelum nak post cam tu, cuba try jengah laman fesbuk ibu2 tunggal. Cer try baca cemana depa promote diri untuk mencari pasangan. Agak2 segan tak nak baca? Then baca pulak komen2 yang ditinggalkan 'jejaka'2 yang konon sama mencari pasangan yang sepadan. Then tengok balik, komen jejaka terbabit kat post orang lain yang sama mencari jodoh.

Don't be so desperate. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Kalau betul mahukan pasangan yang baik, maka mohon lah pada Allah. Kadang2 kita diberi kesempatan untuk bersendirian supaya kita punya masa untuk beribadah, atau boleh focus untuk mak ayah, atau realign balik hubungan dengan anak2. Pandang lah dari sudut yang positive.

Bila Allah dah tentukan jodoh untuk kita, insyaAllah; walaupun jodoh kita tu orang dok kat Turki, tak alih2 Allah akan sentuh hati dia untuk tegur kita; dengan apa cara sekali pun. Kerana dia lah jodoh kita. Betui dak? Hehe

9. Jaga Kesihatan Diri!

Yang paling penting sekali - kesihatan diri. Kalo kita tak sihat cemana nak jaga anak2, mak ayah.. Bear in mind, we are the breadwinner now.

Conclusion?

Orang2 sekarang sangat mudah bagi suggestion: alah tak suka, bercerai ja lah. Tapi after-divorce effect tu kita kadang tak mau ambik tau. Emotionally, physically. Orang kata, jangan pikir apa orang nak cakap. Japp, "Orang" yang bercakap tu, depa pernah melalui fasa penceraian ke?

Jangan berkahwin jika terbit dalam diri: Kalau tak jadi, nanti bercerai. Jangan berkawan or bercinta kalau terpikir: kalau Tak sesuai nanti clash. Maksudnya kita tak de aim/ goal/ visi dan misi. Hahaha.. Aku selalu kaitkan perkahwinan ni umpama company yang kita usahakan. Sebagai partner, kita nakkan partner yang aktif, turut sama membangunkan company. Bukan sekadar sleeping partner (walaupun antara job scopenya ialah untuk sleeping) haha..

Then kalau ada anak2, maksudnya company kita makin berkembang dan perlukan dedikasi yang extra. Mcm mana nak nurture the subsidiary / ies. Isn't it? Think about it.