Dalam jem kat KL ni, mata aku merayau2 nengok keter orang. Cantik, Buruk, Tak Basuh..Macam2 lagi lahh..
Ade jugak yang 'buat' keter sampai pelik rupenya. Haha.. Adediorangkesah?
Kereta idaman kalbu aku? Hmm ade lahh... InsyaAllah... Tapi bila cermin keter sendiri, aduhaiii,, banyak narrrr kecacatan fizikal yang aku tak sengaja buat atau org lain sengaja/tak sengaja buat pada keter aku. Cer tengok kat keter2 besor. Kita ambik contoh keter Merc la kan.. Keter Merc cantik (hehe)..
Ade keter dia calor balor? terkemek sana sini? Takde!
Alasan? Ye lahhh keter mahai kottt.. Mesti lah cermat!
Ye ke?
Cer tengok owner keter tu.. Rata2 umur berapa? Ada ke orang2 muda bawak? Yes. Ada. Tapi tak banyak. Paling kurang dlm late 20s or awal 30s. Lain kebanyakannya org yang sudah berumur. Kenapa eh?
Harus lahh.. Dah berusia, tangga gaji pun makin naik, then mampu lah..
So, apa relevennya dengan keter Merc org berusia bawak and takde calor balor?
Pada aku, relevennya ialah keter Merc tersebut bukanlah keter pertama beliau. Mesti dan haruslah sebelum ni beliau mempunyai keter yang bukan keter Merc or BMW or Vellfire or any other car yang dalam kategori mahai lah, senang citer. Dan jangan lah kita anggap yang keter2 beliau yang sebelum ni langsung clean and clear! Of course ada kecacatan minimum. Esp keter pertama yang dia pakai.
Maksud aku di sini ialah, melalui pengalaman, owner keter mahal tersebut berjaya meng'handle' dan meminimumkan sebarang kejadian yang bakal membawa kecelakaan kepada keter mahal beliau. Kerana beliau sendiri pernah melalui (menerusi siri2 kereta beliau dahulu) segala macam kecelakaan yang akan membawa kepada mulut beliau berkata "Celaka!" or "Shit,man!" bila berlakunya kecelakaan itu. Hahahahaha pening tak? pening tak? Sikit lagi...
Macam tu jugak lah bila seseorang tu naik pangkat. Kalau sampai tahap umurnya, dan jawatan yang disandangnya itu sepadan dengan segala pengalaman dan ilmu beliau; then orang akan kata: Memang layak lah dia dapat post tu. Dia dulu pernah blablabla...
Macam mana dengan kes orang yang nak naik pangkat cepat? Baru 20lebih dah naik jadi manager. Wahhh.. berbangga dengan kejayaan. Sudah mula mendabik dada. Hero tu! Orang lain ambik masa bertahun2 untuk climb the corporate ladder. Ko setahun dua aje, dah terus naik. Hebat! Ya lah.. berpadanan dengan 'usaha' yang telah dilaburkan kan...
Tapi, hati hati.. Orang tua2 kata: Orang yang cepat naik, akan cepat jatuh.
Dulu aku tak Nampak apa yang dimaksudkan dengan ayat2 tu.. Bagi aku, ehh apa salahnya. Opportunity+Usaha Keras. Tapi seseorang pernah berkata mcm ni:
"Tak semua orang mampu mengawal or handle kekayaan; ataupun kuasa. Especially orang yang muda. Sebab dia tak melalui lagi segala macam dugaan (pengalaman) dan masih mentah (kurang ilmu). Bila orang muda dapat kekayaan, ditambah pulak kurang pengalaman dan ilmu; itu yang buat diorang collapse sebab tak mampu nak handle. Bila kita dah menempuh semua dugaan or cabaran then kita bertambah ilmu dan kematangan dalam mengawal isu2, baru lah kita akan stable"
Ya, aku tak nafikan; bertambah umur kita then bertambah kematangan kita sebab kita dapat tengok satu benda tu dari sudut yang berbeza; yang sebelum ni kita tak nampak/faham. Tapi ada jugak orang tua yang bila dah tua punnnnn tak faham2.. hahaha...
......
Apip seebok suruh mak dia tukar kereta. Bila aku Tanya keter apa, dia dengan selambe badak menjawab:
Keter BMW pun.. boleh lah mummy.
Adoi la budak.... Masih mentah kan? Huhuhu
No comments:
Post a Comment