Hmmm... Lately banyak nar kes penceraian. Nak cakap banyak pun, tak boleh jugak.. (awok sendiri pun termasuk dalam statistic, kan) Kalau dah begitu takdirnya, redha ajek lah.. ye idok?
So, kalau dah buat segala yang patut: selidik dalam2, berbincang, pikir masak2, istikharah blablabla, then, moving forward: -
1. Kuatkan Hati! Or Cekal.
Being single (again) tak sama dengan single masa zaman anak dare dulu eh.. Even dok clash, kapel, clash, kapel. Seriously! Memang tak sama. Kalo selama ni kita ada teman untuk buat semua benda, nak makan ada teman.. nak mandi ada teman :D nak tido ada teman, nak bebel ada orang nak kita bebelkan, nak citer dia lah pendengar setia walaupun kadang2 (or most of the times) masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
So, lepas ni, semua benda2 tu dah tak dak tau! Face the fact! So no more tempat nak mengadu kalo2 ada lipas kat dapur ke, ulat sampah dah berlonggok kat tempat sampah ke.. no more! Semua buat sendirik okeyh?
2. Fikir Anak2 (if applicable)
Kalo ayat org2 tua dulu, 'sekarang ni hang la mak, hang la ayah' hehehe... sayu hati den! Ok! Kata supermom kan.. Nak jadi supermom kena la by stages.. Alah Superman pun dapat power sket2 kann.. Mula2 jadi superpower dulu, lepas tu dapat power laser guna mata la ape la...
Yang penting, jangan menipu or reka2 cerita. Manipulate ok.
Contoh:
Anak: Mommy, kenapa Daddy tak duduk umah kiter?
Mommy: Ohh Daddy sekarang ada rumah baru. Daddy duduk rumah daddy, kita duduk rumah kita lah.. Nanti2 Abang boleh lah pegi rumah Daddy..
Anak: Kenapa Daddy tak duduk dengan kita? Kenapa Daddy ada rumah baru?
Mommy: Ohhh (tricky) Sebab Daddy nak duduk dengan Mummy XXX..
Pepandai hangpa la nak reka ayat apa. Asal jangan tersasar dan anak tak hidup dalam cerita rekaan anda dan sampai satu saat nanti dia rasa anda menipu dia. Come on.. Bebudak sekarang dah bijak.. So kita jangan downgrade depa. hehe
3. Financial dah Stable ke Belom?
Banyak benda2 yang selama ni kita tak ambik peduli, lepas ni kita kena tanggung sendiri. Kalau financial tak stable lagi dan rasanya tak mampu untuk hidup bersendirian, maka tanggung lah dulu penderitaan tersebut. Try. Dalam masa yang sama, cuba selamatkan lagi perkahwinan tu. KECUALI pasangan anda tu giler meroyan, kaki pukul, kaki judi dsb yang memang wajib ditinggalkan walau dengan apa cara sekalipun atas dasar keselamatan.
Sebabnya, lepas ni kita sorang yang kena pikir pasal sewa rumah, loan keter, personal loan, credit card, barang2 rumah, sakit pening sendiri dan anak, bil2, sampah sarap, makan pakai, skolah anak. Kalau bakal ex tu masih bertanggung jawab, maka try ler buat do no dengan segala permasalahan yang ditimbulkan olehnya. At least sampai anda rasa anda dah stable.
4. Baiki Hubungan Dengan Family.
Doesn't matter family kandung or angkat or mertua. Yang putus hanyalah ikatan antara suami dan isteri. Tapi hubungan antara anak dan parents tetap ada. Jangan sebab kita yang bercerai suami isteri, semua hubungan antara atuk nenek-cucu, sepupu sepapat semua terputus. Rilek2 sudah.. (Tambahan kalau bukan kita penyebab berlaku penceraian).
5. Baiki Hubungan Dengan Ex or Bakal Ex.
Bukan nak suruh pi menyerongeh or menggedik2 kat dia. Cuma tak payah nak bergaduh sakan lah.. Tambah kalo ada anak2. Yang terputus hanya antara dua tu.. Try google pasal co-parenting. What are the do's and don'ts.
Still involvekan ex anda dengan aktiviti anak2. But, set the limit! Buat boundary. Cara nak sms kena jaga. Jangan sampai dia rasa kita ni nak tackle dia balik. Esp kalo dia dah ada pengganti or sudah berkahwin lain.. Hati wife dia kita kena jaga juga. Biaq la dia tak jaga hati kita pun dulu. Itu antara dia dengan Allah.. Unless hangpa memang nak balik kat dia. And please, tak payah la kot nak berdendam2 bagai. Buat apa nak hidup dalam kemurungan dan memikirkan pasal orang lain? Depa dah bahagia dengan cara depa. Awat kita kena hidup dalam kesedihan?
Satu masa nanti kita akan masih perlukan dia. Contoh: anak sakit tengah2 malam. Nak bawak pi hospital, anak2 lain tengah tido or kecik2 lagi.. So time2 ni la kita perlukan bantuan ex. Betui dak? Perjalanan hidup kita masih panjang wehhh... Banyak lagi bantuan yang kita harapkan dari ex. Ni anak dia juga. Kenapa kita saja yang kena bersusah payah? Tapi kalo kita nak dia 'bantu' kita sama, kita pun kena la jaga tata susila, kann...
6. Redha dan Berlapang Dada lah..
Semua yang berlaku ada hikmahnya. Maybe sekarang kita masih berasa ralat dan sedih dan segala2nya.. Takpe. Take your time. Most people ambik masa dalam setahun untuk stabil dari segi emosi dan segala-galanya. Kalau rasa down, cuba cari blog yang berbentuk Islamic sket. Kadang dengan membaca entri2 mcm ni, akan membuatkan kita terpanggil untuk berfikir - kenapa? Ada sebab kenapa semua ini terjadi.
Contoh:
Dulu maybe susah nak spend time untuk diri sendiri. Malam2 kena persiap diri. Ha la, masa dah terluang.. Jenguk2 la page Al-Quran. Tak payah lah dok jenguk kat fesbuk memanjang.. Sat gi anak2 pulak rasa terabai. Kalo anak2 dok tantrum memanjang (selalunya stress after divorce) selalu amalkan baca Al-Quran masa depa tengah tido. Kita baca dekat dengan depa. InsyaAllah..
Lagi satu, air lepas wudhu' tu sapu kat muka depa. Lembut hati anak2 nanti. Tak caya, cer try test :P
7. Less is More
Tak perlu nak meroyan dalam fesbuk bagitau satu dunia kita dok bengang dengan ex. Kalau sedih, dan nak orang2 terdekat kita tau perasaan kita, kita buat secara implied. Contoh, post lagu yang berkaitan ke.. Tapi tak payah komen berjela membuka aib kita sendiri.. Siapa yang faham, akan faham apa kita rasa time tu.
8. Be a Single Mother, bukan Single yang Desperate.
Betul. Kadang2 kita akan rasa sunyi. Kita akan rasa cemburu tengok orang lain ada pasangan. Kita pun rasa kita berhak untuk ada pasangan. So, kita buat apa? Orang kata jodoh pun kena berusaha, kan? So nak post dalam fesbuk ke, mencari jodoh?
Aiyooo... Sebelum nak post cam tu, cuba try jengah laman fesbuk ibu2 tunggal. Cer try baca cemana depa promote diri untuk mencari pasangan. Agak2 segan tak nak baca? Then baca pulak komen2 yang ditinggalkan 'jejaka'2 yang konon sama mencari pasangan yang sepadan. Then tengok balik, komen jejaka terbabit kat post orang lain yang sama mencari jodoh.
Don't be so desperate. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Kalau betul mahukan pasangan yang baik, maka mohon lah pada Allah. Kadang2 kita diberi kesempatan untuk bersendirian supaya kita punya masa untuk beribadah, atau boleh focus untuk mak ayah, atau realign balik hubungan dengan anak2. Pandang lah dari sudut yang positive.
Bila Allah dah tentukan jodoh untuk kita, insyaAllah; walaupun jodoh kita tu orang dok kat Turki, tak alih2 Allah akan sentuh hati dia untuk tegur kita; dengan apa cara sekali pun. Kerana dia lah jodoh kita. Betui dak? Hehe
9. Jaga Kesihatan Diri!
Yang paling penting sekali - kesihatan diri. Kalo kita tak sihat cemana nak jaga anak2, mak ayah.. Bear in mind, we are the breadwinner now.
Conclusion?
Orang2 sekarang sangat mudah bagi suggestion: alah tak suka, bercerai ja lah. Tapi after-divorce effect tu kita kadang tak mau ambik tau. Emotionally, physically. Orang kata, jangan pikir apa orang nak cakap. Japp, "Orang" yang bercakap tu, depa pernah melalui fasa penceraian ke?
Jangan berkahwin jika terbit dalam diri: Kalau tak jadi, nanti bercerai. Jangan berkawan or bercinta kalau terpikir: kalau Tak sesuai nanti clash. Maksudnya kita tak de aim/ goal/ visi dan misi. Hahaha.. Aku selalu kaitkan perkahwinan ni umpama company yang kita usahakan. Sebagai partner, kita nakkan partner yang aktif, turut sama membangunkan company. Bukan sekadar sleeping partner (walaupun antara job scopenya ialah untuk sleeping) haha..
Then kalau ada anak2, maksudnya company kita makin berkembang dan perlukan dedikasi yang extra. Mcm mana nak nurture the subsidiary / ies. Isn't it? Think about it.
No comments:
Post a Comment